Rabu, 9 April 2014

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..

     Alam ghaib dan alam bunian bukan lagi satu benda yang baru di alam Melayu bahkan pelbagai versi tentang alam bunian yang kita dengar daripada pelbagai pihak samaada cerita warisan turun temurun,bomoh,pawang bahkan daripada ustaz-ustaz..saya sendiri juga pernah dengar versi alam bunian Negeri Kedah.

     Cerita ini diceritakan kepada saya oleh sahabat saya yang bekerja di sebuah kedai buku dan beliau telah di hantar oleh bosnya ke Kedah kerana sebuah lagi  cawangan kedai buku tersebut telah dibuka di Kedah.Di sana dia berjumpa beberapa orang pekerja yang memang anak jati negeri Kedah  dan disitulah, mereka orang Kedah ni ceritakan tentang versi Orang Bunian negeri mereka..

     Mengikut versi mereka orang bunian ini adalah MANUSIA !!! tetapi mereka telah diGHAIBkan oleh Allah S.W.T kerana doa mereka..

kenapa mereka berdoa untuk di ghaibkan????

     Mengikut apa yang diceritakan,Orang Bunian ini adalah satu masyarakat/kaum yang hidup pada zaman Rasulullah(masa tu diorang manusia lagi)..pada satu hari mereka ingin memberikan kepada Rasulullah makanan tetapi mereka tidak mendapati makanan di tempat mereka dan mereka tidak tau apa yang perlu diberikan kepada Rasulullah..

     Tiba-tiba mereka melihat seekor kucing,lalu mereka mengambil kucing tersebut dan menyembelih kucing tersebut untuk dibuat makanan kepada Rasulullah..Siap sahaja makanan itu dan diberikan kepada Rasulullah,tetapi Rasulullah tidak mahu memakannya ...

     Disebabkan kejadian itu meeka berasa sangat MALU kepada Rasulullah dan masyarakat lain,lalu mereka berdoa kepada Allah supaya orang lain tidak mampu melihat mereka buat selama-lamanya dan mereka mahu di asingkan daripada dunia manusia..

TAMAT.......

     Cerita di atas  adalah cerita warisan turun temurun masyarakat negeri Kedah..kalau da namanya crita warisan maka boleh la saya katakan bahawa ini satu mitos sahaja..jangan mempercayainya..

                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan