Rabu, 9 April 2014

Bunian Di Rumah Tok

Assalamualaikum Warohmatullahi wabarokatuh...

     Bosan plak malam-malam camni,da takda kje....cari la kje tnggung anak bini kt umah ni..smbil-sambil ngh kje ni bkak blog sndri pikir nk crita sal apa plak mlm ni..pikir punya pikir, Tok  terpikir apa yang korang terpikir lepas baca tajuk kat atas tu yang baru Tok  terpikir tadi..hehehe..

    Tok  nak citer kat korang pasal 1 bunian yang ada kat umah Tok  ni..Bunian Perempuan..Cun woooo...kalau korang ada kt umah tok sminggu je la da ckup,tok jamin korg boleh jatuh CINTA..hehe..bkn tok yg ckp,ustaz tok yg ckp..

    Bunian ni tkde la mnganggu tok dan kluarga tok,cuma kadang-kadang orang rumah tok ni pnakut ckit sbb bunian tu asyik mundar-mandir kt dapur sbelah bilik tok..kjenya tu jela tiap-tiap mlm tapi skrg da takda da,da pencen kot..hehe..skrg tikus plak kje mundar-mandir tiap-tiap mlm kt dapur tu curi makanan atas meja..roti,biskut,jajan anak tok,kuaci raya tahun lpas sume di rembatnya..kurang ajor tk??
curi makanan tkpe lagi tp ni smpai wayar peti ais dgn wayar mesin basuh rumah tok pun di mamahnya..lg kurang ajor..

     Balik ada tajuk kt atas tu,bunian perempuan ni dia pakai satu selendang tw..cantik selendangnya..SELENDANG BUNIAN...cer korang tanya pakcik google apa kelebihan selendang bunian ni..mna tau sama ngn slendang bunian kt umah tok ni..

     Kalau tok dapat rampas selendang ni drpd bunian perempuan tu,bunian tu sanggup jadi hamba pada tok..hehe..tak tw la npe,mngkin selendang ni sangat penting untuknya di alam bunian..lagi satu,selendang ni blh buat tok HALIMUNAN..klo org ada niat jahat,dia guna selendang ni buat rompak bank dan kedai emas sebab memang orang takkan nampak orang tu...

      Yang ni paling tok suka...selendang ini blh bawa pmiliknya ke mana sahaja dia niatkan dlm hati...contohnya dia niat nk pergi makkah,sekelip mata dia da ada kat makkah..hahaha..macam ILMU SAPU ANGIN pulak..hehehe..

     ok la..tok da penat nak menaip berpatah-patah perkataan ni..k bye..
   
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..

     Alam ghaib dan alam bunian bukan lagi satu benda yang baru di alam Melayu bahkan pelbagai versi tentang alam bunian yang kita dengar daripada pelbagai pihak samaada cerita warisan turun temurun,bomoh,pawang bahkan daripada ustaz-ustaz..saya sendiri juga pernah dengar versi alam bunian Negeri Kedah.

     Cerita ini diceritakan kepada saya oleh sahabat saya yang bekerja di sebuah kedai buku dan beliau telah di hantar oleh bosnya ke Kedah kerana sebuah lagi  cawangan kedai buku tersebut telah dibuka di Kedah.Di sana dia berjumpa beberapa orang pekerja yang memang anak jati negeri Kedah  dan disitulah, mereka orang Kedah ni ceritakan tentang versi Orang Bunian negeri mereka..

     Mengikut versi mereka orang bunian ini adalah MANUSIA !!! tetapi mereka telah diGHAIBkan oleh Allah S.W.T kerana doa mereka..

kenapa mereka berdoa untuk di ghaibkan????

     Mengikut apa yang diceritakan,Orang Bunian ini adalah satu masyarakat/kaum yang hidup pada zaman Rasulullah(masa tu diorang manusia lagi)..pada satu hari mereka ingin memberikan kepada Rasulullah makanan tetapi mereka tidak mendapati makanan di tempat mereka dan mereka tidak tau apa yang perlu diberikan kepada Rasulullah..

     Tiba-tiba mereka melihat seekor kucing,lalu mereka mengambil kucing tersebut dan menyembelih kucing tersebut untuk dibuat makanan kepada Rasulullah..Siap sahaja makanan itu dan diberikan kepada Rasulullah,tetapi Rasulullah tidak mahu memakannya ...

     Disebabkan kejadian itu meeka berasa sangat MALU kepada Rasulullah dan masyarakat lain,lalu mereka berdoa kepada Allah supaya orang lain tidak mampu melihat mereka buat selama-lamanya dan mereka mahu di asingkan daripada dunia manusia..

TAMAT.......

     Cerita di atas  adalah cerita warisan turun temurun masyarakat negeri Kedah..kalau da namanya crita warisan maka boleh la saya katakan bahawa ini satu mitos sahaja..jangan mempercayainya..